Thursday 23 August 2012

Post Pertama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!


Hari ini sudah masuk hari raya kelima memandangkan jam sudah menunjukkan 1.15 pagi. Ini bermakna sudah lima hari memerap di rumah tanpa beraya di rumah sesiapa pun. Sebenarnya, niat nak beraya itu ada. Tapi memandangkan, aku kurang kenal dan kawan-kawan satu sekolah aku balik kampung. Susah la, nak beraya rumah mereka semua. Lagi pun segan la nak beraya. Takut ditanya macam-macam soalan pelik-pelik.

Berbalik semula pada tajuk post ini, blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi info berkaitan makan-makan dan buku yang pernah dibaca serta info lain yang dirasakan sesuai mengikut keadaan semasa.

Semoga hasrat murni ini, mampu dicapai!

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Jumpa lagi dalam post yang akan datang.